Bagaimana Install WordPress Guna Softaculous

Bagaimana Install WordPress Guna Softaculous

Sudah lama kami tidak menulis post dalam bahasa malaysia, hari ini kami ingin berkongsi info di dalam Bahasa Malaysia. Post kali ini adalah tentang software Softaculous.

Bagi sesetengah cpanel yang disediakan oleh syarikat hosting yang tidak mempunyai software Fantastico De Luxe anda bolehlah install WordPress dengan menggunakan software Softaculous.

Cara nya adalah amat mudah, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:

Pertama sekali login cpanel anda, alamat cpanel biasanya http://domainanda.com/cpanel. Anda boleh dapatkan maklumat cpanel anda dari syarikat hosting anda.Kemudian scroll ke bawah ke bahagian Software/Services section dan kemudian klik Softaculous ikon.

Kemudian cari link WordPress untuk install wordpress. Terdapat juga software – software lain yang tersedia untuk di install. Klik link WordPress untuk install.

Kemudian klink link install bersebelahan dengan overview link yang boleh dijumpai di bahagian atas.

Kemudian anda akan dibawa ke page seperti dibawah, apa yang perlu anda lakukan adalah mengisi maklumat yang diperlukan. Sesetengah maklumat telah pun diisi secara automatik tapi anda masih boleh mengubahnya.

Masukkan nama site anda, deskripsi site anda, Admin Username, Admin Password dan Admin email kemudian tekan install. Kemudian anda akan lihat page seperti dibawah.

Ini bermakna anda telah berjaya install WordPress untuk blog anda. Anda bolehlah klik link Administrative URL anda untuk ke WordPress Admin Page atau browse keĀ domainanda.com/wp-login.php. Login menggunakan Username dan Password yang telah anda pilih semasa proses install. Contoh seperti dibawah.Sekarang anda sudah boleh akses ke dashboard WordPress anda untuk menukar setting, menulis post dan sebagainya. Selamat Mencuba.

One Response to Bagaimana Install WordPress Guna Softaculous

  1. Thanks for any other informative site. Where else may I
    get that kind of info written in such an ideal method?
    I have a mission that I am simply now operating on, and I’ve been on the look out for such information.
    ftp website hosting recently posted..ftp website hosting

Leave a reply

CommentLuv badge