Cara Elak Berbelanja Lebih dan Mula Berjimat

Cara Elak Berbelanja Lebih dan Mula Berjimat

Mari kita sama-sama Elak Berbelanja Lebih Dan Mula Berjimat

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu dan harga barang sering naik eloklah kita mula merancang perbelanjaan kita. Setiap perancangan perlulah bermula dengan langkah pertama. Mungkin ramai yang cakap “alah kalau setakat jimat seringgit dua buat apa” tapi saya rasa kalau dah dapat jimat seringgit dua dan ditambah dapat elak berbelanja berlebihan confirm kita dapat menabung. Sikit-sikit lama jadi bukit kan.

Pertama sekali kita perlulah mempunyai satu rekod catatan duit masuk dan duit keluar, macam orang bisnes tu.Catatan ni penting kerana kita kena catat segala macam duit yang masuk seperti gaji, komisyen, dan apa sajalah yang boleh di consider sebagai Income kita. Bila dah ada rekod duit masuk barulah senang untuk kita senaraikan pula duit yang akan keluar, perbelanjaan kita lah tu, tak kira lah perbelanjaan tetap bulanan ataupun perbelanjaan harian.
Contoh perbelanjaan tetap adalah ansuran kereta, ansuran rumah, Life/Medical/Education Insurance dan lain-lain. Perbelanjaan harian pula adalah makan minum, barang dapur, belanja anak-anak dan sepertinya.

Daripada catatan rekod duit masuk dan kelur inilah kita boleh tahu samada ada defisit atau pun tidak. Kita boleh mula berjimat dan mengelakkan perbelanjaan berlebihan dengan menilai apakah jenis perbelanjaan kita tu keperluan atau kehendak. Kurangkan perbelanjaan kehendak yang tidaklah begitu penting kepada kita, contohnya shopping baju baru setiap bulan dan sebagainya.

Musuh utama berbelanja berhemah adalah Kad Kredit. Ramai diantara kita berbelanja melebihi kemampuan kerana adanya Kad kredit atau wang plastik. Tak salah guna Kad kredit tapi kena displin dan pastikan buat bayaran penuh setiap kali menerima penyata Kad kredit.Janganlah kerana adanya zero interest payment system kita teruja untuk membeli barangan secara kredit. Akhirnya tak mampu nak bayar beb.

Ada kad kredit kemudian ada jualan murah pulak, lagilah kita rambang mata untuk berbelanja berlebihan, kebanyakkan saya tengok kat shopping mall membeli belah time sales seolah -olah dah sedekad sales tak diadakan. Semua benda nak beli time sales last-last tak terpakai atau terguna barang tersebut, tidakkah membazir namanya tu. Lagi sakit kena pulak bayar installment kad kredit sebab syok sangat swipe kad time shopping.

Hadkan perbelanjaan harian adalah perkara paling effektif untuk berjimat dan menggelak daripada berbelanja lebih, cuba kurangkan apa yang patut. Barang keperluan yang tidak lah mendesak sangat atau tidak penting mana jangan dibeli dahulu. Cuba maintain had perbelanjaan harian, kalau boleh kurangkan lagi had tersebut. Anda tengoklah nanti berapa banyak anda telah berjimat.

Setiap tahun biasanya kita akan menerima kenaikan gaji bagi mereka yang bekerja makan gaji, yang kerja sendiri pun kekadang ada peningkatan pendapatan setiap tahun. Cuba asingkan kenaikan gaji tersebut. maknanya jangan guna duit tersebut, simpan tempat lain contoh ASB, Tabung Haji. Jangan masukkan kedalam akaun yang senang nak keluarkan balik duit tu. Kalau akaun ada kad ATM confirm tak lama , anda akan keluarkan duit tersebut.

Untuk berjimat pula ada seribu satu macam, cuba berjimat dengan mengurangkan bil-bil bulanan anda, berjimat dalam menggunakan Elektrik dan Air, elakkan pembaziran. Berjimat dalam penggunaan telefon, call mana yang penting saja, yang tak penting sangat cukuplah dengan satu sms. Jimatkan pengunna petrol anda, cuba guna public transport, kalau tempat2 yang dekat naik motor jer. Kaedah car pooling untuk ketempat kerja juga boleh dipraktikkan.

Untuk yang tinggal di rumah yang ada kawasan , cubalah bercucuk tanam, setakat cili, serai, kunyit, dan pokok buah-buahan yang kecil boleh tanam sendiri so dah jimat belanja barang dapur. Terpulang kepada kreativiti anda untuk berjimat sebenarnya tapi janganlah sampai tahap kedekut pulak.

Cuba praktikan kesemua yang tersenarai diatas dan yang penting sekali mulakan langkah pertama anda, anda akan dapat lihat hasilnya, walaupun dalam keadaan ekonomi yang tak menentu dan kenaikan harga barang yang menggila tak mustahil anda boleh menyimpan wang dan mengumpul kekayaan.

2 Responses to Cara Elak Berbelanja Lebih dan Mula Berjimat

Leave a reply

CommentLuv badge