Tips Belajar dan Bekerja Sambilan

Tips Belajar dan Bekerja Sambilan

Belajar dan pada masa yang sama melakukan kerja sambilan adalah normal pada masa sekarang. Peningkatan kos sara hidup yang memberi kesan kepada perbelanjaan harian pelajar universiti, kolej dan pusat penggajian tinggi yang seangkatan dengannya telah mendorong pelajar untuk melakukan kerja sambilan setelah selesai kuliah.

Walaupun sebahagian besar pelajar lebih gemar menumpukkan perhatian kepada pelajaran dan sumber perbelanjaan hanya bergantung kepada pemberian ibubapa, adik beradik, biasiswa dan PTPTN , terdapat juga segelintir pelajar yang memilih untuk berdikari dengan melakukan kerja sambilan pada masa terluang selepas kuliah.

Sebelum melakukan sesuatu kerja sambilan seeloknya berbincang dahulu dengan keluarga untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa, elok juga berbincang dengan pihak pengurusan universiti dan pensyarah supaya kerja sambilan yang dibuat tidak menggangu kuliah anda kerana target utama hidup anda adalah menamatkan pelajaran. Jangan dek kerana syok dapat duit pelajaran diabaikan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan jika ingin bekerja sambilan adalah membuang sifat malu. Saya rasa tidak seharusnya kita malu kerana banyak kebaikan yang bakal diperolehi dari kerja sambilan yang kita lakukan, asalkan kerja yang kita buat itu adalah kerja yang halal. Antara kebaikannya adalah:

Bekerja sambilan boleh menambahkan pendapatan pelajar sekaligus mengurangkan kebergantungan pelajar kepada keluarga. Tapi jangan pula duit hasil dari kerja sambilan digunakan untuk perkara tidak berfaedah.

Selain itu bekerja sambilan , mengajar pelajar menjadi lebih berdikari dan pada masa yang sama dapat menimba ilmu dunia pekerjaan, Ianya sedikit sebanyak membantu pelajar apabila memasuki alam pekerjaan sebenar kelak.

Namun bekerja sambilan memerlukan pengorbanan dan displin yang tinggi, tidak mudah untuk membahagikan masa diantara pelajaran dan pekerjaan. pelajar perlu bijak mengatur jadual harian supaya apa yang dahulu didahulukan bagi mengelakkan ada yang terkandas dalam pelajaran kerana memberi tumpuan yang lebih kepada pekerjaan sambilan berbanding pelajaran.

Buatlah keputusan bijak, buat penilaian dari semua aspek sebelum mengambil langkah untuk bekerja sambilan semasa belajar.

Leave a reply

CommentLuv badge