Tips Beli Desktop Atau Laptop

Tips Beli Desktop Atau Laptop

Desktop atau Laptop?
Pening memikirkan samada nak beli membeli PC desktop atau laptop ? Saya pun sama sebenarnya. Tetapi ianya bergantung kepada tugasan anda.Kalau anda bekerja sepenuh  masa di pejabat atau dari rumah boleh pilih PC desktop, yang umumnya lebih murah daripada laptop dan memiliki bahagian yang lebih upgradeable, dan “penggantian spare parts yang lebih flexible. PC desktop lebih besar dan lebih berat jika  dibandingkan dengan laptop. Namun, apa pun pemilihan desktop atau laptop berdasarkan, keperluan mobiliti dan kerana itu anda akan memilih laptop, jika keperluan kerja anda yang memetingkan mobiliti.

Prosesor (CPU)
Meskipun banyak tugas harian, seperti word processing tidaklah memerlukan  processor-intensif, namun multi-core disarankan bagi para profesional kerana ianya mombolehkan anda untuk menjalankan beberapa aplikasi pada masa yang sama (contohnya, Microsoft Word dan Firefox dan pengimbasan virus). Sebuah prosesor dual-core akan memastikan pengalaman pengkomputeran yang lebih smooth, quad-core pula disyorkan bagi kerja grafik yang intensif, database tugas berat.

Memori (RAM)
Secara umum, RAM memori lebih besar lebih baik, terutamanya jika anda mengunakan sistem operasi atau program cekik darah (seperti Windows Vista). Saya cadangan minimal 2 GB RAM memori. RAM memori pun tak lah mahal sangat, saya rasa profesional harus mendapatkan jumlah maksimum RAM, kerana akan memberikan prestasi yang paling berbaloi untuk wang anda.

Hard Drives
Keperluan Hard Drives bagi pengguna biasa mungkin lebih kecil dari individu yang menyimpan imej, muzik, dan video ke cakera.Dan Jika anda seorang profesional yang bekerja dengan multimedia atau mengakses fail besar seperti fail database keperluan anda lebih besar. Anda juga masih boleh mendapatkan hard drive luaran untuk ruangan tambahan, external hard drive sehingga 500GB boleh didapati dipasaran sekarang. Cuba dapatkan drive yang memiliki tingkat spin 7200RPM atau lebih untuk prestasi yang lebih cepat.

CD atau DVD Drives
Optical drive jarang dipasang dilaptop, khususnya yang jenis kecil dan ringan. Walaupun anda mungkin tidak lagi perlu DVD drive kerana sebahagian besar aplikasi dan fail dapat di-download atau secara berkongsi talian, Namun DVD Drives penting bagi para profesional, yang mungkin perlu menghantar gambar dalam cakera atau untuk memasang perisian dari CD/DVD.

Video dan Display
Peminat Grafik dan pemain game tegar pasti ingin memiliki kad video yang tertentu (dedicated) ianya penting untuk video dan prestasi grafik. Untuk tugas biasa, sebuah prosesor video bersepadu (bersepadu ke dalam motherboard) pun dah ok.

Jika anda menggunakan laptop sebagai komputer utama kerja anda,Disarankan guna monitor luaran untuk laptop anda, terutamanya jika laptop anda mempunyai saiz skrin di bawah 17 “.Anda boleh lihat perbezaan produktiviti anda. Harga yang jenis LCD sekitar RM 200-400 pun dah cukup bagus.

Rangkaian (Networking)
Connectivity adalah kunci untuk bekerja, pastikan mempunyai pilihan-pilihan yang banyak sambungan rangkaian : Ethernet pantas dan wifi (dapatkan sekurang-kurangnya-card wi fi 802.11g, 802.11n). Jika anda mempunyai bluetooth headset atau peranti lain seperti PDA yang anda ingin menyambung ke sistem anda, pastikan bluetooth siap dipasang di komputer yang ingin dibeli. Anda juga boleh memilih built-in kad broadband mobile atau beli pakej Usb Broadband untuk layari internet tanpa henti.

Jaminan dan Sokongan.
Beli dari pembekal yang memberikan jaminan yang paling lama, standard jaminan adalah 1 tahun tapi anda boleh tambah extended warranty sehingga 3 tahun , penting juga cari yang khidmat sokongan yang responsif dan pantas. Pening kepala kalau komputer rosak tapi support untuk repair lambat.




2 Responses to Tips Beli Desktop Atau Laptop

Leave a reply

CommentLuv badge